Cari @ Amanz

Pada bulan Mac yang lepas, pihak Facebook telah mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan rekaan Facebook Pages baru. Ia telah mula diperkenalkan secara berperingkat, dan kini nampaknya ia akan diaktifkan untuk semua.

Facebook Pages

Facebook hari ini mengatakan yang mana bermula minggu ini mereka akan mua memperkenalkan sokongan antaramuka baru untuk Facebook Pages kepada semua. Perkara ini hadir dengan beberapa sokongan tambahan, termasuk memberikan lebih banyak data kepada pentadbir sesuatu laman Facebook Pages.

Untuk pengenalan, pentadbir akan ditawarkan dengan info-info berkenaan rekabentuk baru ini, dan mereka akan diberikan tempoh sehingga dua minggu sebelum ia diaktifkan sepenuhnya.

Bagi anda, adakah anda menyukai rekaan baru Facebook Pages ini ataupun menyukai paparan Timeline sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd