Lenovo Melancarkan Miix 2 Untuk Pasaran Tempatan – Berharga RM2999

Lenovo Melancarkan Miix 2 Untuk Pasaran Tempatan – Berharga RM2999

Diterbitkan pada June 5, 2014 oleh .

Lenovo Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan, dan menjadi fokus utama adalah Lenovo Miix 2 – peranti dua dalam satu daripada Lenovo.

Lenovo Miix 2

Lenovo Miix 2 telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dimana ia hadir dalam dua variasi saiz. Untuk pasaran Malaysia, Miix 2 bersaiz 11-inci ditawarkan pada harga RM2999.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Miix 2 dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-4, sokongan memori sehingga 8GB DDR3L, skrin bersaiz 11.6-inci HD penuh, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan menggunakan sistem operasi Windows 8.1

Peranti dua-dalam-satu ini dilihat boleh digunakan dalam tiga mod berbeza, iaitu sebagai tablet, laptop ataupun pemain media. Ia turut hadir dengan sokongan speaker yang baik, dan dilihat menawarkan masa bertahan bateri sehingga 8-jam lamanya.

Selain daripada Lenovo Miix 2, pihak Lenovo Malaysia turut sama menawarkan dua lagi tablet tambahan, iaitu Lenovo Tab A8-50 dan juga Lenovo Tab A7-30. Kedua-dua tablet ini menggunakan cip pemprosesan MediaTek dan menjalankan Android 4.2 Jelly Bean.

Lenovo Tab A7-30

Lenovo Tab A7-30 hadir dengan kamera belakang 2-megapixel, kamera hadapan 0.3-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM< dan juga bateri berkapasiti 3500mAh. Tablet bersaiz 7-inci ini ditawarkan pada harga RM399 di Malaysia.

Lenovo Tab A8-50

Sementara Lenovo Tab A8-50 pula membawakan skrin bersaiz 8-inci, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, bateri berkapasiti 4200mAh, dan ditawarkan pada harga RM699.

Lenovo Miix 2 telah mula dijual bermula awal Jun ini, sementara dua tablet lagi akan ditawarkan bermula pertengahan bulan Jun ini.


TIPS & ULASAN