Badlisham Meninggalkan Jawatan CEO MDeC – Menyertai Malaysia Airports Holdings

Badlisham Meninggalkan Jawatan CEO MDeC – Menyertai Malaysia Airports Holdings

Diterbitkan pada June 5, 2014 oleh .

Badlisham MDeCCEO untuk Multimedia Development Corporation, atau lebih dikenali dengan nama MDeC, iaitu Badlisham Ghazali dilihat telah meninggalkan jawatan beliau, dan bakal menyertai Malaysia Airports Holdings BHD sebagai pengarah urusan tidak lama lagi.

Badlisham sebelum ini telah menyertai MDeC pada tahun 2006 yang lepas, dan sebelum itu beliau telah bertugas di HP Malaysia selama 18 tahun. Di bawah Badlisham, MDeC telah melaksanakan beberapa perkara dalam membawa industri ICT setapak kehadapan, termasuk menjenamakan semula Multimedia Super Corridor kepada MSC Malaysia untuk menarik ramai pelabur luar memasuki Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan menggantikan beliau. Untuk sementara waktu, Ng Wan Peng yang mana merupakan COO MDeC akan mengambil-alih tugas CEO organisasi berkenaan.


TIPS & ULASAN