YouTube Untuk Android Dikemaskini – Membolehkan Pengguna Memilih Kualiti Resolusi Video

YouTube Untuk Android Dikemaskini – Membolehkan Pengguna Memilih Kualiti Resolusi Video

Diterbitkan pada June 5, 2014 oleh .

Google hari ini memperkenalkan kemaskini kecil untuk aplikasi YouTube di Android, dimana melaluinya ia membawakan sokongan untuk pengguna memilih kualiti resolusi video yang ingin dimainkan pada peranti mereka.

YouTube Android

Sebelum ini, aplikasi YouTube hanya sekadar menawarkan pilihan untuk memainkan dalam bentuk kualiti tinggi ataupun sebaliknya. Melalui pengenalan baru ini, ia memberikan pengguna pilihan untuk memilih resolusi video daripada 144p ke 720p – lebih kurang sama seperti pada desktop.

Pengenalan ini juga akan memudahkan lagi pengguna untuk memilih resolusi yang berkaitan – terutamanya ketika menggunakan data talian mudah-alih mereka.

Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan bagi pengguna peranti Android, anda boleh menyemaknya di Play Store anda bermula hari ini.

Muat-Turun YouTube untuk Android


TIPS & ULASAN