Cari @ Amanz

Bersempena dengan FIFA World Cup 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi, hari ini pihak Google telah memperkenalkan secara rasminya sokongan paparan Street View untuk kesemua 12 stadium di Brazil.

World Cup Street View

Dengan pengenalan ini, ia membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk melihat dengan lebih dekat setiap stadium yang terlibat dalam perlawanan piala dunia bola sepak yang diadakan empat tahun sekali itu.

Selain daripada stadium, pihak Google juga turut menyertakan beberapa lokasi tarikan utama sekitar Brazil didalam Street View, sekaligus membolehkan pengguna menikmati paparan menyeluruh kawasan tersebut terus melalui skrin pelayar web mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd