Faces.im Membawa Sokongan Seumpama Chat-Heads Untuk Chrome

Faces.im Membawa Sokongan Seumpama Chat-Heads Untuk Chrome

Diterbitkan pada June 5, 2014 oleh .

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan chat-heads untuk aplikasi mudah-alih mereka, membolehkan pengguna mengikuti Facebook Messenger diluar aplikasi tersebut. Kini, sokongan sama turut dibawakan untuk Chrome oleh pembangun bebas, melalui pemalam dinamakan Faces.im.

DSC_0830

Faces.im berfungsi didalam Chrome, dimana pengguna akan dipaparkan dengan mesej daripada Facebook Messenger pada bahagian kanan laman, dan anda boleh melihat daripada siapakah mesej tersebut diterima dan apakah mesej yang dihantar.

Apa pun, untuk tetingkap membalasnya, ia tidak begitu menarik, dan mungkin perlu diperbaiki oleh pembangunnya.

Untuk menggunakannya, terlebih dahulu pengguna perlu log masuk ke laman Facebook di tetingkap Chrome mereka, dan seterusnya pemalam Faces.im ini akan berfungsi secara automatik.

Bagi anda yang aktif menggunakan Facebook Messenger, dan tidak ingin terlepas mesej dari rakan anda, mungkin boleh menggunakan pemalam ini untuk Chrome. Seperti biasa, selain ini, anda juga turut boleh menggunakan Facebook Messenger untuk Windows pada komputer anda.


TIPS & ULASAN