Dropbox Mengambil-Alih Perkhidmatan Permesejan Dan Kolaborasi – Droptalk

Dropbox Mengambil-Alih Perkhidmatan Permesejan Dan Kolaborasi – Droptalk

Diterbitkan pada June 6, 2014 oleh .

DroptalkDropbox dalam terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena perkhidmatan awan, hari ini telah mengambil-alih sebuah lagi syarikat, iaitu Droptalk. Seperti biasa, nilai wang yang terlibat dalam transaksi pengambil-alihan ini tidak diumumkan kedua-dua pihak.

Droptalk merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada kolaborasi dan komunikasi, membolehkan pengguna berkongsi pelbagai perkara melaluinya. Droptalk hadir dengan idea yang mana segala komunikasi berlaku menggunakan pelayar web, atau peranti mudah-alih sekaligus berfungsi menggantikan emel untuk tugasan kerja.

Apa pun, produk mereka hanya sekadar ditawarkan dalam beta tertutup sahaja sehingga kini. Dengan pengambil-alihan oleh Dropbox, pihak Droptalk tidak lagi menerima sebarang pengguna baru untuk perkhidmatan mereka.

Dengan pengambil-alihan ini juga, mungkinkah kita akan dapat melihat fungsi kolaborasi hadir ke Dropbox tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN