Acer Aspire Switch 10 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 18 Jun

Acer Aspire Switch 10 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 18 Jun

Diterbitkan pada June 6, 2014 oleh .

Acer, pada penghujung April yang lepas telah memperkenalkan salah satu peranti hibrid mereka yang baru dinamakans sebagai Aspire Switch 10. Kini, peranti tersebut dilihat akan memasuki pasaran Malaysia, dimana Acer Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus untuknya pada 18 Jun ini.

Acer Switch 10

Acer Aspire Switch 10, seperti pada namanya, boleh diubah kepada beberapa bentuk – sehingga empat bentuk berbeza, termasuk untuk digunakan sebagai komputer riba, tablet mahupun pemain media.

Peranti hibrid ini dijana menggunakan cip Intel Atom Z3745 1.33Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, dan hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci. Ia menggunakan Windows 8.1, selain turut hadir dengan kamera hadapan 2-megapixel.

Harga jualan peranti ini dijangka sekitar RM1399, dan mungkin kita akan mendengar secara rasmi berkaitan dengannya daripada Acer Malaysia pada tarikh 18 Jun ini, selain mengetahui bilakah ia akan dijual di pasaran Malaysia.

Acer Switch 10


TIPS & ULASAN