Canon Memperkenalkan Perkhidmatan Storan Awan Untuk Gambar – Irista

Canon Memperkenalkan Perkhidmatan Storan Awan Untuk Gambar – Irista

Diterbitkan pada June 6, 2014 oleh .

Canon sedia terkenal dalam arena fotografi, dan hari ini mereka memperluaskan penawaran mereka dalam arena storan awan, dengan memperkenalkan sebuah perkhidmatan storan khusus untuk gambar, dinamakan sebagai Irista.

Canon Irista

Irista memfokuskan kepada gambar – JPEG dan RAW sahaja, dimana pengguna boleh tag gambar, dan menyertakan info seperti masa, lokasi, jenis lensa digunakan dan sebagainya pada gambar yang dimuat-naik.

Tiada sebarang had fail ditetapkan, membolehkan pengguna memuat-naik gambar berkualiti tinggi untuk tujuan simpanan dan rujukan melalui perkhidmatan tersebut.

Sebaik sahaja selesai memuat-naik, pengguna juga turut boleh berkongsi sesuatu gambar itu terus ke Facebook, Flickr dan sebagainya dengan mudah.

Setiap pengguna diberikan dengan ruangan storan bersaiz 10GB secara percuma, dan seperti biasa, anda boleh menaik-taraf akaun anda kepada saiz lagi besar dengan mudah.

Jadi, adakah Irista ini akan menarik minat para pencinta fotografi, ataupun pengguna akan lebih selesa menggunakan Dropbox, Google Drive dan sebagainya?

Layari : Irista


TIPS & ULASAN