Cari @ Amanz

Beberapa pengeluar cip seperti Samsung dan MediaTek sedia mempunyai cip lapan-teras mereka, dan hari ini pihak Huawei turut mengumumkan cip lapan-teras mereka tersendiri, dinamakan sebagai Kirin 920.

Huawei Kirin 920

Kirin 920 dilihat menyertakan gabungan dua cip empat teras, dimana mengabungkan cip dengan rekaan Cortex-A15 dan juga Cortex-A7. Untuk bahagian GPU pula, Kirin 920 menggunakan Mali-T628 yang mana dikatakan menawarkan pemprosesan grafik berganda berbanding versi sebelumnya.

Bersama-sama dengan cip pemprosesan ini juga, beberapa fungsi baru turut disertakan, termasuk sokongan untuk LTE Cat 6 yang menawarkan sokongan rangkaian kelajuan data sehingga 300Mbps, selain mana turut hadir menyokong paparan resolusi 2560×1600 pixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan hadir dengan peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd