Apple Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh-Pakai Mereka Pada Bulan Oktober?

Apple Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh-Pakai Mereka Pada Bulan Oktober?

Diterbitkan pada June 7, 2014 oleh .

Apple telah diura-ura akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, mengikut laporan terbaru, Apple dikatakan bakal memperkenalkan peranti boleh-pakai pertama mereka pada bulan Oktober ini.

Peranti boleh-pakai pertama mereka yang berbentuk jam tangan pintar itu kelak dikatakan akan mengintegrasikan sepenuhnya sokongan HealthKit yang diperkenalkan oleh Apple baru-baru ini. Ia sekaligus akan membolehkan pengguna mengumpulkan beberapa data berkaitan kesihatan dan kecergasan menggunakan peranti tersebut dan beberapa aplikasi khusus untuknya.

Seperti biasa, ia dikatakan sekadar perancangan awal Apple sahaja, dan pelbagai perkara boleh berubah dalam masa beberapa bulan ini. Apa pun, dengan persaingan yang meningkat dalam arena peranti boleh-pakai, terutamanya dengan peranti Android Wear yang bakal hadir di pasaran, semestinya pihak Apple tidak ingin ketinggalan untuk bersaing bersama pengeluar lain melalui produk mereka.


TIPS & ULASAN