Apple Mengambil-Alih Enjin Carian Sosial Untuk Lokasi – Spotsetter

Apple Mengambil-Alih Enjin Carian Sosial Untuk Lokasi – Spotsetter

Diterbitkan pada June 7, 2014 oleh .

SpotsetterDengan fokus carian pada OS X Yosemite, semestinya salah satu perkara yang logik adalah menambah-baik portfolio carian di bawah Apple. Terkini, ia dilaporkan Apple telah mengambil-alih sebuah syarikat baru dibawah mereka, iaitu Spotsetter.

Spotsetter merupakan salah satu enjin carian sosial yang memfokuskan kepada lokasi. Perkhidmatan tersebut dilihat menarik data daripada pelbagai laman sosial – termasuk Facebook, FourSquare, Twitter dan Instagram, selain perkhidmatan seperti Yelp, Zagat dan sebagainya. Ia kemudiannya memperlihatkan data yang dikumpulkan itu dalam kaedah yang menarik dan bersesuaian dengan setiap pengguna.

Apple dikatakan berminat dengan teknologi yang digunakan oleh Spotsetter, selain turut mengambil beberapa pekerjanya menyertai Apple. Aplikasi yang ditawarkan sebelum ini telah ditarik kembali oleh pembangunnya, dan perkhidmatan Spotsetter dilihat telah ditamatkan.

Seperti biasa, nilai pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


TIPS & ULASAN