Google Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Songza

Google Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Songza

Diterbitkan pada June 7, 2014 oleh .

SongzaSyarikat gergasi teknologi sering mengambil-alih syarikat lain dalam menambah-baik penawaran produk mereka. Terkini, Google dikatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih perkhidmatan Songza, pada harga anggaran sekitar $15 juta.

Google dikatakan berminat untuk mendapatkan Songza kerana teknologi kurasi pada perkhidmatan tersebut, yang mana boleh digunakan untuk menambah-baik penawaran Google Play All Access mereka. Songza dilihat menawarkan senarai muzik mengikut pelbagai keadaan dan pilihan pengguna, menjadikan ia salah satu perkhidmatan yang disukai beberapa pengguna.

Pengambil-alihan Songza juga turut dikatakan mungkin menawarkan beberapa fungsi untuk digunakan pada perkhidmatan muzik YouTube yang dikatakan bakal diperkenalkan Google.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat dilihat masih lagi dalam peringkat perbincangan, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan mencapai kata sepakat ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN