Google Menambah Data “2014 FIFA World Cup” Pada Enjin Carian

Google Menambah Data “2014 FIFA World Cup” Pada Enjin Carian

Diterbitkan pada June 7, 2014 oleh .

Bersempena dengan 2014 FIFA World Cup yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, pihak Google dilihat menambah satu demi satu data berkaitan dengannya pada perkhidmatan mereka. Selepas menambah sokongan Street View untuk stadium, kini Google turut menambah data berkaitan Piala Dunia FIFA tersebut di enjin carian.

Melalui integrasi ini, pengguna boleh melihat jadual permainan, skor semasa dan beberapa perkara lain terus melaluinya.

Untuk membuat carian, pengguna boleh menggunakan kata kunci seperti nama pasukan yang berlawan, ataupun dengan mudah menaip “world cup” untuk melihat jadual perlawanan terdekat.

Info yang diperlihatkan dioptimasikan mengikut jadual pengguna, maka anda dapat melihatnya dalam waktu tempatan terus.

Google World Cup 2014

Google World Cup 2014


TIPS & ULASAN