Cari @ Amanz

Xiaomi mula mendapat perhatian ramai disebabkan oleh penawaran telefon pintar mereka pada harga rendah, selain turut hadir dengan Mi Power Bank yang mana ditawarkan pada harga jauh lebih rendah berbanding pelbagai pesaing yang lain.

Mi Power Bank 5200mAh

Xiaomi sebelum ini hanya sekadar menawarkan Mi Power Bank pada kapasiti 10400mAh sahaja, dan bermula minggu hadapan, pihak Xiaomi Malaysia turut akan menawarkan ia dalam kapasiti sedikit kecil, iaitu 5200mAh.

Mi Power Bank pada kapasiti 5200mAh akan ditawarkan pada harga RM25, dan untuk minggu permulaan, ia akan terhad kepada 5000 unit sahaja. Xiaomi akan menawarkannya melalui laman web rasmi mereka pada minggu hadapan – 10 Jun.

Selain beberapa aksesori baru ini, pihak Xiaomi turut dijangka akan mula menawarkan Redmi 1S untuk pasaran Malaysia pada bulan Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd