Cari @ Amanz

Mungkin ada antara kita yang ingin memperkenalkan aplikasi berbentuk natif untuk produk tersendiri, ataupun untuk laman web anda, tetapi tidak mempunyai kepakaran menyeluruh untuknya. Memudahkan proses berkenaan, salah satu laman web yang diperkenalkan baru-baru ini adalah Go Native.

Go Native berfungsi dengan membolehkan anda menawarkan aplikasi berbentuk natif untuk laman web ataupun web anda yang sedia dioptimasikan untuk paparan peranti mudah-alih. Kebanyakkan rekabentuk web pada hari ini sedia dioptimasikan untuk peranti skrin kecil, dan anda boleh terus mengubahnya kepada bentuk aplikasi natif melalui perkhidmatan ini. Secara kasarnya, perkhidmatan ini boleh dikatakan menawarkan fungsi berbentuk wrapper tetapi turut dilengkapi dengan sokongan carian, menu dan beberapa yang lain.

Go Native

Sebaik sahaja melayari laman web berkenaan, pengguna akan diminta untuk memasukkan URL laman yang mereka hendak ubah ke bentuk aplikasi. Sebaik sahaja memasukkan alamat URL, ia akan mengambil masa beberapa saat sebelum pengguna dibawa ke halaman seterusnya.

Halaman seterusnya ini akan berfungsi seperti halaman tetapan dimana pengguna boleh memasukkan beberapa data seperti nama aplikasi, menu yang ingin dipaparkan, sokongan untuk pengguna yang berdaftar dan sebaliknya, menambah ikon, dan beberapa yang lain. Pengguna juga turut boleh menambah sokongan carian melalui halaman ini.

Sebaik sahaja selesai, pengguna hanya perlu menantikan seketika (dalam ujian kami sekitar 1 minit), dan pengguna akan menerima emel untuk memuat-turun aplikasi anda.

Go Native

Melalui halaman muat-turun, pengguna boleh memuat-turun kod sumber untuk aplikasi iOS dan Android, selain fail berbentuk APK untuk Android. Pengguna juga turut boleh memilih untuk menerbitkan aplikasi anda sekiranya semuanya memadai apa yang diinginkan anda.

Bagi anda yang mempunyai laman web ataupun aplikasi web, dan ingin mengubahnya ke dalam bentuk natif, mungkin perkhidmatan Go Native ini boleh membantu anda hari ini.

Go Native

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd