Stetoskop Pintar One Digital

Stetoskop Pintar One Digital

Diterbitkan pada June 9, 2014 oleh .

Stetoskop ialah peralatan perubatan yang sinonim dengan kerjaya seorang doktor. Jika menonton filem melayu pelakon hanya perlu memakai kot makmal dan menggantung sebuah stetoskop pada leher untuk kelihatan seperti seorang doktor. Selepas itu mereka akan mengeluarkan dialog yang tak masuk akal seperti “saya rasa aritmia jantung Cik Dahlia kronik kerana kekurangan koklea pada Liku Henle kanan coccyx beliau”. Sejak dicipta oleh Rene Theophile Hyacinthe Laennec pada tahun 1816, rupa asas steteskop tidak banyak berubah. Terdapat diafragma pada bahagian bawah dan sebuah angkup yang dimasukkan ke salur telinga pemakai.  One ialah stetoskop digital pintar ciptaan Thinklabs Medical. Ianya cuba memberikan rupa dan fungsi baru untuk alat yang hampir berusia 200 tahun ini. Doktor boleh menggunakan fon telinga ataupun fon kepala biasa dengan One. Bunyi dari One boleh dilaraskan mengikut kehendak doktor. Ini memudahkan pengesanan penyakit jantung atau anomali pada paru-paru. Dengan aplikasi telefon pintar yang dicipta khas, doktor juga boleh melakukan pengasingan bunyi latar belakang tertentu di samping merekodnya untuk didengar semula. Audio yang dirakam boleh dikongsi dengan doktor doktor lain bagi mendapatkan pendapat kedua dalam melakukan diagnosis penyakit pesakit yang sedang dirawat. One boleh dibeli sekarang dengan harga tawaran 499 dollar. Adakah stetoskop pintar diperlukan oleh industri perubatan? Ada tak para doktor di kalangan pembaca Amanz sudi memberikan komen?

ods-0


TIPS & ULASAN