Cari @ Amanz

The Malaysian InsiderBagi kebanyakkan pengguna internet yang sering mengikuti perkembangan berita semasa, mungkin nama The Malaysian Insider bukan sesuatu yang asing. Hari ini, ia dilihat portal tersebut telah dibeli oleh The Edge Media Groups. Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak buat masa ini.

Dengan pengambil-alihan The Malaysian Insider di bawah The Edge Media Group, ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan The Edge Media Group dalam arena media digital – apatah lagi dengan TMI yang mana sememangnya merupakan portal kedua terbesar di Malaysia.

The Malaysian Insider sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2008 yang lepas, dan merupakan antara 10 laman web popular di Malaysia. Ia berfungsi sebagai portal berita merangkumi pelbagai topik. Walaupun diambil-alih dan beroperasi dibawah jenama The Edge Media Group, pelbagai perkara lain akan kekal seperti biasa, termasuk pengurusan dan struktur syarikat berkenaan.

The Edge dilihat mengatakan yang mana pengambil-alihan ini selari dengan visi editorial mereka, sekaligus akan menambah portfolio penawaran mereka. Buat masa ini, terdapat beberapa jenama dibawah mereka, termasuk FZ.com, The Edge Malaysia, dan juga The Edge Property.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd