Cari @ Amanz

 

Pada minggu ini akan berlangsung acara E3 yang memfokuskan kepada permainan video. Terdapat banyak penerbit dan jenama akan menunjukkan permainan terbaru mereka yang akan muncul menemui pemain tidak lama lagi. Konami yang telah melancarkan Metal Gear Solid V: Ground Zero pada beberapa bulan dahulu juga akan membuat pengumuman pada acara E3 ini.

Metal-Gear-Solid-V-The-Phantom-PainPengumuman yang akan dibuat Konami adalah berkenaan Metal Gear Solid V: Phantom Pain dan trailer ini tertiris selepas Konami telah memuatnaik trailer tersebut pada awal hari ini. Mereka telah memadamkan video tersebut namun terdapat beberapa pihak yang berkesempatan memuat-turun trailer ini. Trailer ini turut memberi lebih banyak gambaran berkenaan jalan cerita Phantom Pain serta kualiti grafik yang bakal diberikan.

Sehingga kini tiada tarikh rasmi pelancaran permainan ini diumumkan namun Hideo Kojima memberitahu melalui satu temuramah dengan Famitsu pada bulan November lalu menyatakan yang permainan ini akan dijual apabila ramai pemain menggunakan PS4.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd