Carian
Laman Penerima Dana Belia 1Malaysia Rakansukan.com Tidak Lagi Beroperasi
June 9, 2014 Effi Saharudin

Pada tahun 2011 RakanSukan.com ialah antara penerima Dana Belia 1Malaysia sebanyak RM 150 000. Laman sosial berkonsepkan sukan ini kami sedari tidak lagi beroperasi selepas dilancarkan Oktober 2011. Ini bermakna hanya satu sahaja laman yang menerima DB1M masih beroperasi selepas 3 tahun. Sebuah lagi penerima dana, AppMalaysia.com juga kini tidak lagi beroperasi. Kegagalan RakanSukan.com untuk menjadi laman media sosial sukan utama di Malaysia sebenarnya tidak mengejutkan pihak kami. Ketika dilancarkan dunia sudah dipenuhi dengan pelbagai laman sosial dan adalah agak sukar untuk bersaing di dalam pasaran yang kompetitif ini. Pihak pengelola laman ini juga kami sedari tidak melakukan promosi meluas untuk memperkenalkan laman mereka kepada umum. Satu-satunya promosi yang kami sedari ialah kerjasama dengan sebuah laman berkonsepkan Islam yang kami difahamkan kini juga tidak beroperasi lagi. Jadi tidak mengejutkan pada tahun 2012 kami ada melaporkan jumlah pengguna berdaftar RakanSukan.com hanya sebanyak 500 orang. Kami berharap SOFEss , satu-satunya penerima DB1M pada tahun 2011 yang masijh beroperasi tidak akan menerima nasib yang sama. Apakah pendapat anda mengenai kematian RakanSukan.com . Adakah negara masih belum bersedia untuk sebuah laman sosial berkonsepkan sukan? Kongsi pendapat anda di ruangan komen.

rakansukan_mati

Komen