E3 2014: Sims 4 Akan Dilancarkan Pada Bulan September Ini.

E3 2014: Sims 4 Akan Dilancarkan Pada Bulan September Ini.

Diterbitkan pada June 10, 2014 oleh .

The Sims merupakan satu permainan simulasi kehidupan dengan pemain akan memegang watak yang akan berhadapan dengan cabaran hidup seharian. Pagi ini pada acara E3 2014, pihak EA telah mengumumkan kesediaan The Sims 4 untuk mula dipasarkan.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=BBSY2tmYuqM]

The Sims 4 akan dilancarkan pada 2 September 2014 untuk platform Windows dan Mac. Tempahan awal untuk permainan ini telah pun dibuka dan dijual pada harga USD 62.91 untuk edisi terhad serta USD 80.91 untuk versi Digital Deluxe yang menawarkan banyak penambahan dari segi pek-pek untuk watak Sims pemain.

Laman rasmi The Sims 4


TIPS & ULASAN