E3 2014: Aplikasi YouTube Akan Hadir Ke PS4 Akhir Tahun Ini

E3 2014: Aplikasi YouTube Akan Hadir Ke PS4 Akhir Tahun Ini

Diterbitkan pada June 10, 2014 oleh .

Sekiranya anda pengguna PS4, salah satu aplikasi yang dinantikan adalah aplikasi YouTube yang membolehkan pemain menerbitkan rakaman video permainan di laman perkongsian video tersebut. Buat masa ini, fungsi perkongsian rakaman video hanya terhad kepada laman Facebook, Twitch dan UStream. Pada acara E3 2014, Sony mengumumkan aplikasi khusus untuk YouTube pada platfrom PS4 akan hadir pada akhir tahun ini.

Melalui aplikasi ini, pemain boleh merakam dan menerbit video permainan tersebut terus ke akaun YouTube mereka.  Pemain juga boleh menonton video rakaman permainan dari saluran YouTube rakan-rakan yang lain. Aplikasi khusus ini juga berfungsi seperti YouTube pada PS3, membolehkan anda menonton video dari saluran yang anda minati.

Mungkin dengan fungsi ini, lebih banyak pemain PS4 akan berkongsi rakaman video permainan pada akhir tahun ini.


TIPS & ULASAN