Cari @ Amanz

Lytro merupakan suatu jenama dalam industri fotografi yang membolehkan pengguna mengubah titik fokus gambar walaupun gambar tersebut telah diambil. Mereka yang telah memulakan revolusi pengimejan dengan teknologi fokus berasaskan arah cahaya, kini dilihat sedang membangunkan kamera mereka yang boleh beroperasi menggunakan platform Android.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_yM9TR_Rg8Y]

Menurut @evleaks, Lytro mungkin akan hadir dengan kamera Android pada suku tahun ketiga tahun ini. Sehingga kini, terdapat dua model yang dipasarkan Lytro dan sekiranya mereka hadir dengan versi Android, ia dilihat mungkin akan bersaing dengan kamera berasaskan Android yang lain seperti Galaxy NX.

Apa kata anda dengan teknologi kamera sebegini ? Mahukah anda mempunyai kamera kedua atau anda lebih suka untuk menggunakan kamera pada telefon bimbit anda ?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd