Carian
Skype 5.0 Untuk iPhone Diumumkan
June 10, 2014 Ikhwan Nazri

Skype yang merupakan salah satu aplikasi permesejan telah hadir dengan kemaskini aplikasi untuk iPhone. Skype 5.0 membawa banyak pembaharuan dari segi paparan antaramuka yang kini seakan-akan antaramuka Windows Phone serta kawalan butang yang lebih minimalis dan ringkas.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=I8kQplrFvEk]

Skype 5.0 juga membawakan fungsi-fungsi seperti perkongsian gambar, audio dan video. Turut serta adalah panggilan video yang semestinya selalu digunakan pengguna Skype untuk platform desktop. Aplikasi ini dijangka akan tersedia di Apple App Store pada minggu hadapan dan aplikasi Skype untuk iPad akan dibangunkan kelak.

Komen