E3 2014: Trailer FIFA 15 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jun 10, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu permainan yang diminati ramai, FIFA 15, telah pun diumumkan beberapa bulan dahulu. Pada acara E3 hari ini, EA telah berkongsi trailer penuh FIFA 15 kepada umum dan beberapa penambahbaikan didalam permainan turut didedahkan didalam trailer ini.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=TnTYVT6lwBc]

Penekanan diberikan kepada keseluruhan emosi didalam permainan. Ianya dikatakan terdapat 600 jenis reaksi akan ditunjukkan oleh watak pemain bola dan mereka akan bertindak balas dengan situasi di padang bola antaranya apabila terjatuh apabila dikasari, kecewa apabila tidak dapat menyumbat gol serta reaksi peluang terlepas. Selain itu, para penonton di stadium juga boleh memberikan reaksi kepada permainan dan membuat sorakan seakan-akan di dunia nyata.

Antara kesan khas lain termasuklah padang yang boleh rosak mengikut permainan, aksi tarik-menarik baju juga akan dimasukkan, perincian terhadap pemain bola dan kotoran/basahan pada baju mereka, dan banyak lagi. Kesemua ciri-ciri ini bakal menambahkan pengalaman pemain memainkan FIFA 15.

FIFA 15 akan dijual secara rasmi pada 26 September dan tersedia untuk platform PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One, dan juga PC. Tempahan awal boleh dibuat di Amazon pada harga USD 59.99.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami