Talkband B1 Dan Dua Tablet LTE Baharu Dilancarkan Huawei

Talkband B1 Dan Dua Tablet LTE Baharu Dilancarkan Huawei

Diterbitkan pada June 11, 2014 oleh .

Dua tablet Android Huawei memasuki pasaran tempatan hari ini. Huawei X1 ialah tablet dengan skrin 7″ manakala Mediapad M1 8.0 berskrin 8.0″ . Rekabentuk X1 menyerupai sebuah iPad manakala Mediapad M1 8.0 pula kelihatan seperti HTC One. X1 diperkasakan pemproses 1.6 GHz empat teras Hisilicon Kirin 910, RAM sebesar 2 Gigabyte, muatan dalaman 16 Gigabyte, kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel. Skrin 7″ IPS X1 beresolusi 1200×1920 pixel dan peranti ini dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh. Seperti Huawei Ascend Mate, Huawei X1 mampu berfungsi sebagai sebuah powerbank untuk mengecas peranti lain sekiranya perlu.  Tablet ini masih menggunakan sistem operasi Android 4.2.2 dengan antaramuka Emotion UI. Dua model mula dijual di Malaysia semalam. Model 3G dijual pada harga RM 1299 dan model LTE pula dijual pada harga RM 1399. Tablet ini mempunyai fungsi telefoni dan SMS. Akhir sekali terdapat dua pilihan warna iaitu hitam ataupun putih.

huawei-X1-kolaj

Mediapad M1 8.0 mempunyai skrin LCD 8 inci dengan resolusi 800×1280 pixel. Ia diperkasakan pemproses 1.6 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Kamera utamanya sebesar 5 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 1 Megapixel. Seperti X1, Mediapad M1 8.0 juga masih menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka Emotion UI. Sungguhpun lebih besar daripada X1, tablet ini hanya dilengkapi bateri sebesar 4800 mAh.  Selain saiz, perbezaan paling ketara antara Mediapad M1 8.0 dan X1 ialah kehadiran pembesar suara stereo pada Mediapad M1 8.0. Pada X1 pembesar suara mono terletak pada bahagian belakang. Seperti yang kami katakan pada awal artikel ini, Mediapad M1 8.0. Versi 3G dijual pada harga RM 899 manakala LTE pula RM 1099. Terdapat dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu.

huawei_Mediapad_M1

Akhir sekali peranti boleh-pakai Talkband B1 juga dilancarkan secara rasminya dengan harga jualan RM 499. Peranti boleh-pakai ini mampu mengesan nadi anda di samping berfungsi sebagai telefon serta memaparkan notifikasi dari peranti pintar milik anda. Ianya boleh berfungsi dengan peranti Android dan juga IOS.

Talkband-B1-Huawei[youtube https://www.youtube.com/watch?v=19DWjZ88W6s]


TIPS & ULASAN