Viber Kini Mempunyai 100 Juta Pengguna, Versi Desktop Baharu Hadir Dengan Stickers

Viber Kini Mempunyai 100 Juta Pengguna, Versi Desktop Baharu Hadir Dengan Stickers

Diterbitkan pada June 10, 2014 oleh .

Viber merupakan salah satu aplikasi permesejan dan panggilan yang terdapat pada pelbagai platform. Pada hari ini Viber telah mengumumkan yang mereka mempunyai lebih dari 100 juta pengguna dalam talian, dan hadir dengan aplikasi desktop yang telah dikemaskini.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=2yUu9Ibi37c]

Kemaskini terbaru aplikasi Viber untuk platform desktop membawakan penambahan dari segi Stickers serta penaiktarafan mutu dan prestasi video yang lebih baik. Stickers merupakan salah satu cara ringkas untuk menyuarakan perasaan dan emosi. Viber dilihat menyediakan pelbagai pilihan Stickers yang bersesuaian dengan pengguna dan salah satunya Sticker Dumb Ways To Die yang popular kebelakangan ini.

Muat-turun Viber: Windows

Muat-turun Viber: Mac 

Muat-turun Viber: Linux 


TIPS & ULASAN