Carian
Dell Memperkenalkan Siri Komputer “Rugged Extreme” – Hadir Dengan Fungsi Pengkomputeran Tahan Lasak
June 10, 2014 Arib Ismail

Hari ini Dell pada acara pelancaran di Singapura telah mengumumkan beberapa produk baru mereka melalui siri Rugged Extreme yang hadir dengan kebolehan peranti yang tahan lasak.

DSC00341

Sebelum ini, pihak Dell telah hadir dengan komputer “rugged” pada beberapa produk mereka dan kini dilihat mereka memperkenalkannya di bawah siri baru “Rugged Extreme”. Melalui siri ini, ia membawakan ketahanan yang lebih ketat disamping membawa fungsi pengkomputeran moden.

Menurut Dell, siri Rugged Extreme ini direka bagi membolehkan pengkomputeran tahan lasak sesuai digunakan pada beberapa bidang seperti bidang kajian, risikan, ketenteraan, dan keselamatan. Ia hadir dengan ujian ketahanan IP65 yang membolehkan peranti tahan daripada hentakan, habuk, dan cuaca yang ekstrem. Dengan kehadiran fungsi seperti QuadCool thermal, ia membenarkan peranti dapat menahan daripada suhu yang tinggi dan cuaca sejuk melampau.

DSC00401

DSC00417

Melalui perkenalan siri baru Rugged Extreme ini, pihak Dell telah memperkenalkan dua produk baru dibawahnya iaitu Dell Latitude 12 Rugged Extreme dan Dell Latitude 14 Rugged Extreme.

Dell Latitude 12 Rugged Extreme membawakan rekaan berasaskan Dell XPS 12 yang hadir dengan kebolehan skrin yang boleh diputarkan. Ia membawakan skrin sentuh resitif dengan kebolehan multi-touch dan touchpad resitif bagi kemudahan ketika menggunakan sarung tangan. Peranti ini turut didatangkan dengan kamera 8-megapiksel dengan LED flash dan kamera hadapan Full HD yang hadir dengan fungsi privacy shutter. Dari segi ketahanan bateri, pihak Dell mengatakan ia mampu bertahan sehingga 8.5 jam.

DSC00366

Selain model 12-inci, Dell Latitude 14 Rugged Exreme pula membawakan rekabentuk yang lebih kepada komputer riba biasa dengan ciri-ciri tahan lasak. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia dilengkapi dengan sambungan legasi seperti port PCMCIA serta dua port gigabit RJ-45 untuk tujuan penghantaran data yang lebih pantas. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan keupayaan skrin sentuh resitif dengan sokongan stylus dan ketahanan bateri sehingga 14 jam.

DSC00395

DSC00400

Dari segi sambungan, kesemua model Rugged Extreme membawakan sokongan USB 3.0, sambungan VGA dan HDMI, fingerprint reader, dan port serial (RS-232) untuk disambungkan pada peranti legasi. Ketika berkerja di lapangan, siri Rugged Extreme turut dilengkapi dengan mobile broadband HSPA+ dengan keupayaan A-GPS dan sokongan GPS SiiRFstarV secara terbina.

[amanz-gallery]

Kedua-dua model “Rugged Extreme” ini turut membawakan fungsi RGB backlit keyboard yang membolehkan pengguna memilih warna papan kekunci mengikut kesesuaian pada situasi dan keadaan. Dari segi pemprosesan, ia hadir dengan tawaran Intel Core i5/i7 dengan Intel vPro selain hadir dengan sistem operasi pilihan antara Windows 7 Profressional atau Windows 8.1 Pro.

http://www.youtube.com/watch?v=51zAvIkU7dc

Untuk pasaran tempatan, Dell Latitude 12 Rugged Extreme boleh didapati pada harga bermula RM14,700 manakala Dell Latitude 14 Rugged Extreme pula dijual dengan harga bermula RM12,300.

Komen