Cari @ Amanz

Selain daripada siri “Rugged Extreme” yang diperkenalkan, pihak Dell turut sama mengumumkan beberapa kemaskini bagi siri komputer seperti siri Inspiron, OptiPlex, Precision, dan skrin 4K UltraSharp untuk pasaran tempatan.

Pada acara kali ini, pihak Dell telah mengumumkan model OptiPlex yang menawarkan ciri-ciri workstation dalam bentuk All-in-One (AIO). Optiplex 3030 AIO membawakan skrin 19.5 WLED dan ditawarkan dengan pilihan Intel Celeron/Pentium dan Intel Core i3/i5. Dari segi sokongan grafik, pihak Dell turut menawarkan AMD Radeon R5 A250 sebagai pilihan tambahan pada peranti ini.

DSC00372

Selain OptiPlex 3030 AIO, pihak Dell turut menambah model baru iaitu OptiPlex 9030 AIO yang didatangkan dengan skrin 23-inci dengan pilihan pemprosesan Intel Core i3/i5/i7. Ia hadir dengan AMD Radeon R7 A265 sebagai pilihan tambahan selain menawarkan dalam unit dengan sokongan skrin sentuh padanya. Kedua-dua peranti ini walau bagaimanapun harganya masih tidak diketahui dan pihak Dell mengatakan ia akan hadir dalam beberapa minggu lagi.

Siri Precision pula menekankan ciri-ciri workstation dalam rekabentuk peranti mudah-alih. Ditujukan untuk tenaga profesional, Dell telah melancarkan Precision M2800 yang hadir dengan pemprosesan Intel Core i7 dan pemproses grafik AMD FirePro. Selain M2800, model breprestasi tinggi Precision M3800 pula ditawarkan dengan grafik Nvidia Quadro dan membawakan skrin UltraSharp QHD+ pada resolusi 3200×1800. Dari segi harga untuk pasaran tempatan, kedua-dua model ini masing-masing dijual bermula RM5,188 dan RM7,488.

DSC00348

Dari segi aksesori untuk golongan prefesional, pihak Dell turut memperkenalkan skrin Dell UltraSharp yang hadir dengan paparan 4K. Ia ditawarkan dalam versi 24-inci (UP2414Q) pada harga RM3,899 manakala versi 32-inci (UP3214Q) pula ditawarkan pada harga RM11,099.

DSC00351

Bagi pasaran pengguna biasa, Dell turut mengemaskini siri komputer Inspiron 3000 series yang menawarkan pengkomputeran harian pada harga berpatutan. Ia ditawarkan dalam model 14-inci dan 15.6-inci dengan Intel Celeron/Pentium atau Intel Core i3/i5 pada harga bermula RM1,299.

DSC00356

Inspiron 5000 series pula membawakan rekabentuk nipis dan ringan serta menawarkan ketahanan bateri yang lebih lama. Siri ini ditawarkan dalam model 14-inci dan 15.6-inci dengan pemprosesan Intel Core i3/i5/i7 berserta sokongan grafik AMD Radeon R7 M265. Model 14-inci Inspiron 5000 series dijual pada harga bermula RM2,099 dan model 15.6-inci pula ditawarkan pada harga bermula RM2,349.

DSC00371

Selain komputer riba, siri Inspiron AIO turut diperkenalkan melalui Inspiron 20 3000 dan Inspiron 23 5000. Inspiron 20 3000 membawakan skrin 20-inci dan ditawarkan dengan pemprosesan Intel Celeron/Pentium dan Intel Core i3 dengan harga bermula RM1,799. Bagi Inspiron 23 5000 pula, ia hadir dengan pilihan Intel Pentium dan Intel Core i3/i5/i7 pada harga bermula RM3,799.

DSC00370

Akhir sekali, pihak Dell turut mengumumkan Inspiron 11 3000 2-in-1 yang baru dilancarkan di Computex 2014 lepas untuk pasaran tempatan. Peranti ini membawakan rekaan boleh diubah kepada bentuk tablet dan ditawarkan melalui pemprosesan Intel Celeron atau Intel Pentium.

DSC00354

Inspiron 11 3000 2-in-1 hadir dengan skrin 11.6-inci IPS dan membawakan memori sebanyak 4GB RAM berserta 500GB muatan dalaman. Ia ditawarkan dengan sistem operasi Windows 8.1 dan dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada Julai dengan harga bermula RM1,299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd