E3 2014: Nintendo Memperlihatkan Demo Legend Of Zelda Terbaru

E3 2014: Nintendo Memperlihatkan Demo Legend Of Zelda Terbaru

Diterbitkan pada June 11, 2014 oleh .

Pagi ini sewaktu acara Nintendo pada E3 2014, Eiji Aonuma telah mengumumkan siri baru The Legend of Zelda yang memaparkan keterbukaan dunia permainan Zelda. Permainan ini akan hadir pada 2015. Dengan pengenalan fungsi ini, pemain boleh mengembara di dunia Zelda dengan bebas selain dari melaksanakan misi utama permainan ini.

Video diatas menuntukkan corak permainan Legend Of Zelda pada minit ke 2:55. Kualiti grafik dan perincian terhadap dunia Hyrule tampak cantik dan indah namun dicemari dengan raksasa yang menyerang Link. Buat masa ini tiada nama rasmi diberikan untuk permainan ini yang bakal hadir pada 2015 ini untuk peranti Wii U.

Apa yang pasti, dengan keterbukaan dunia permainan dalam Zelda, pemain boleh menjelajah dan melakukan apa sahaja bagaikan bermain Grand Theft Auto. Sudah tentu lebih banyak misi-misi sampingan akan diwujudkan bagi membawa pemain mengembara ke seluruh pelusuk tanah Hyrule.


TIPS & ULASAN