E3 2014: Hyrule Warriors Diumumkan- Permainan Aksi Zelda Dengan Gaya Dynasty Warriors

E3 2014: Hyrule Warriors Diumumkan- Permainan Aksi Zelda Dengan Gaya Dynasty Warriors

Diterbitkan pada June 11, 2014 oleh .

Nintendo pada acara E3 2014 turut mengumumkan permainan Hyrule Warriors, iaitu permainan aksi Zelda dengan gaya permainan Dynasty Warriors. Dynasty Warriors merupakan permainan aksi yang membawakan watak pahlawan Dinasti Han bertempur di medan perang melawan musuh yang sangat banyak. Hyrule Warriors membawakan watak-watak utama Zelda mengikut konsep yang sama.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=kkdB77b3i2E]

Pemain boleh memilih watak kesukaan mereka antaranya Link, Zelda, Midna dan akan melalui pertempuran dengan watak-watak jahat didalam keseluruhan dunia permainan Zelda. Pemain akan diberikan misi antaranya menawan semula Istana Twilight ataupun membersihkan Dataran Hyrule dari anasir jahat. Permainan ini boleh dimainkan berseorangan atau berdua, dan boleh dimainkan menggunakan Wii Remote + Nunchuk.

Hyrule Warriors akan dilancarkan untuk platform Wii U pada 26 September 2014 dan pemain juga boleh mendapatkannya melalui tempahan awal yang akan diumumkan tarikhnya kelak.

Laman rasmi Hyrule Warriors

Buat peminat Zelda, adakah anda lebih suka Zelda versi comel, atau Zelda versi sebegini?


TIPS & ULASAN