Samsung Kini Menghasilkan Basikal Pintar

Samsung Kini Menghasilkan Basikal Pintar

Diterbitkan pada June 11, 2014 oleh .

Ramai mungkin tidak menyedari selain menghasilkan peranti pintar dan alatan elektronik, Samsung juga menghasilkan sistem senjata artileri K9 Thunder untuk kegunaan Tentera Republik Korea. Samsung menghasilkan senjata peperangan ini untuk Korea Selatan bagi mengurangkan pergantungan kepada negara luar sekiranya mereka diserang oleh Korea Utara. Umum diketahui Samsung kini mahu menghasilkan dunia serba pintar dengan pelbagai peranti boleh-pakai seperti Galaxy Gear, televisyen pintar dan mesin basuh pintar. Kini mereka menceburi bidang penghasilan kenderaan pintar pula dengan Samsung Smart Bike.

Samsung-Smart-Bike1

Basikal pintar ini dilengkapi dengan sistem kamera, GPS dan laser terbina bagi memastikan penunggang sentiasa dalam keadaan selamat. Sistem kamera belakang yang terletak pada bingkai basikal membolehkan penunggang melihat ke belakang tanpa menoleh. Terdapat sebuah pemegang peranti pintar pada stereng basikal. Dengan teknologi Bluetooth kamera belakang ini boleh diaktifkan sekiranya perlu. Sistem pancaran laser pula memancarkan laluan basikal anda sendiri. Ia memberikan jarak selamat untuk mengekori basikal ini kepada pengguna jalan raya yang lain. Sistem GPS terbina pula membolehkan orang lain mengesan lokasi anda ketika menunggang atas sebab keselamatan.  Buat masa ini basikal rekaan Samsung Maestros Academy ini masih lagi dalam tahap ujian dan tiada perancangan untuk menjualnya kepada umum.

Secara peribadi kami rasakan dunia sudah bersedia untuk basikal pintar seperti ini. Teknologi yang sama juga boleh digunakan pada motosikal kerana menunggang motosikal di Malaysia adalah sangat berbahaya.

Sumber Samsung Maestros Academy

 


TIPS & ULASAN