Di Pameran E3 semalam Sony mengumumkan PlayStation 4 versi putih yang bakal dijual September akan datang. Di dalam pakej ini anda akan menerima sebuah PS4 putih, sebuah DualShock 4 berwarna putih, langganan PlayStation Plus percuma selama sebulan dan sebuah permainan Destiny. Buat masa ini tiada lagi berita Sony akan menjual PlayStation 4 putih ini berasingan dari berkas khas bersama Destiny. Destiny ialah permainan MMO yang termahal dalam sejarah setakat ini dengan belanja pembangunan mencecah 500 Juta Dollar. Ianya antara permainan yang diharap dapat menarik minat orang ramai untuk memiliki konsol generasi terkini PlayStation di samping membuktikan kepada dunia syarikat pembangun permainan komputer Bungie masih mampu menghasilkan permainan yang baik. Sebelum Destiny nama Bungie mula dikenali ramai kerana menghasilkan siri permainan komputer Halo yang sangat popular untuk konsol Xbox milik Microsoft.
Kami masih belum memiliki konsol PS4 dan memang bercadang untuk memliki konsol ini. Versi putih nampak lebih bergaya dan kudus. Ianya pasti nampak serasi dengan PlayStation 3 kami yang juga berwarna putih. Ada lagi tiga bulan sebelum berkas PS4 dan Destiny ini muncul di pasaran Amerika Utara. Kami berharap ada perancangan dari Sony Malaysia untuk membawa berkas edisi khas ini ke tanah air.
Sumber PlayStation Blog