Google Now Menambah Sokongan Kemaskini Untuk FIFA World Cup 2014

Google Now Menambah Sokongan Kemaskini Untuk FIFA World Cup 2014

Diterbitkan pada June 11, 2014 oleh .

Google Now merupakan salah satu fungsi yang hadir bersama-sama Android, selain turut ditawarkan untuk pengguna iOS melalui aplikasi Google Search. Ia menawarkan pelbagai info semasa – selari dengan seseorang pengguna, daripada lokasi meletakkan kenderaan, info penerbangan, cuaca, keadaan trafik, berita dan sebagainya menggunakannya.

Google Now FIFA World Cup

Terkini, bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2014 yang akan bermula pada minggu ini, Google telah mula mengintegrasikan fungsi notifikasi untuk perlawanan bola sepak berkenaan pada Google Now. Pengguna perlu menetapkan nama pasukan negara yang mereka minati, dan kemaskini semasa seperti jaringan gol dan keputusan akhir perlawanan akan dipaparkan dalam bentuk notifikasi terus pada peranti anda.

Fungsi ini mungkin amat diminati ramai, apatah lagi sekiranya tidak ingin menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk sokongan yang sama.

Sebelum ini, Google turut telah mengintegrasikan data untuk sukan pada Google Now, dimana mereka turut menawarkan sokongan sama untuk EPL dan beberapa liga popular yang lain. Pengguna yang ingin menetapkan nama pasukan kegemaran mereka, boleh ke Google Now dan menambah nama pasukan anda di sana.

Selain pada Google Now, pihak Google juga telah mengintegrasikan sokongan carian interaktif untuk FIFA World Cup 2014, selain membawakan rakaman gambar stadium melalui Google Street View.


TIPS & ULASAN