Cari @ Amanz

Pada acara Echelon 2014 yang berlangsung di Singapura, satu lagi sesi perbincangan diadakan bertajuk “Are Business Leaders Ready for the Mobile Consumer?” dikelolakan oleh Scott Bale yang membincangkan kesediaan serta keterbukaan pemilik bisnes untuk revolusi pengguna mudah alih. Turut serta dalam diskusi ini adalah

  • Anthony Tan, CEO MyTeksi / GrabTaxi
  • Jean Claude Donato, Regional Director, APAC Mobile Head dari eBay
  • Edward Keonwoo Lee, Head of International Business dari VCNC
  • Do Tuan Anh, CEO dari Appota
  • Junde Yu, VP APAC dari App Annie

Apabila ditanyakan sama ada kebanyakan pemilik bisnes benar-benar bersedia untuk pengguna platform mudah alih, Jean Claude Donato menekankan yang pengguna kategori ini bukan lagi gimik. Ianya menjadi satu keperluan untuk mempunyai platform perniagaan khusus buat platform mudah alih dan kegagalan dalam memenuhi keperluan tersebut bakal membawa kerugian.

Anthony bersetuju dengan pendapat tersebut, malahan menambah sekiranya pemilik bisnes tidak mengikut trend terkini, bisnes tersebut akan pupus bagaikan dinasaur. Anthony turut berkongsi berkenaan permasalahan yang dihadapi beliau dalam mengembangkan MyTeksi (GrabTaxi) dimana kebanyakan pemandu teksi yang berusia agak sukar untuk berubah dan mencuba sesuatu yang baru (dalam konteks menerima tempahan teksi melalui aplikasi).

Do Tuan pula meragui sama ada pemilik bisnes sudah pun bersedia untuk revolusi platform mudah alih. Beliau juga menggesa pemilik bisnes sekitar Asia Tenggara perlu bersedia dengan perubahan, atau akan mengalami kerugian. Sementara Edward Keonwoo berkongsi pendapat yang pemilik bisnes perlu membiasakan diri dengan perubahan pantas yang mengikut kehendak pengguna.

Junde Yu yang juga mengetahui trend-trend kebanyakan aplikasi kerana mengendali App Annie menyatakan yang platform mudah alih sudahpun mendominasi hidup kebanyakan pengguna. Ia disokong dengan bukti muat turun aplikasi yang banyak serta keuntungan dari penjualan aplikasi mudah alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd