Cari @ Amanz

PinterestPinterest merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna menyimpan kandungan digital untuk rujukan masa akan datang. Melaluinya, pengguna boleh bookmark setiap perkara, dan ia dipaparkan dalam bentuk visual yang amat menarik.

Baru-baru ini, Pinterest turut telah memperkenalkan perkhidmatan mereka dalam pilihan Bahasa Malaysia, sekaligus menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Terkini, hari ini pihak Pinterest turut memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna peranti Windows Phone secara rasminya. Namun, ia masih dalam peringkat beta buat masa ini.

Pihak Pinterest turut menekankan yang mana selain daripada menggunakan aplikasi mereka untuk bookmark, ia turut boleh digunakan untuk pelbagai perkara, termasuk membuat koleksi gambar digital, menyimpan idea, membuat perancangan untuk projek, dan beberapa perkara yang lain.

Bagi pengguna Pinterest yang menggunakan Windows Phone, boleh memuat-turun aplikasi beta mereka. Selain Windows Phone, aplikasi Pinterest turut ditawarkan untuk Android dan juga iOS.

Pinterest WP

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd