Lytro Bekerjasama Dengan 500px – Menyokong Perkongsian Gambar ‘Hidup’

Diterbitkan pada Jun 12, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lytro yang telah memperkenalkan teknologi pengimejan berasaskan pemfokusan cahaya dari semua arah kini telah bekerjsama dengan 500px dalam usaha melestarikan format foto Lytro yang dikatakan ‘hidup’. Dalam konteks ‘hidup’ bermaksud, format foto Lytro membolehkan pengguna mengubah titik fokus gambar walaupun gambar tersebut telah diambil. Dan 500px akan menjadi platform perkongsian gambar pertama yang menyokong format foto Lytro.

Menerusi kerjasama ini, pengguna Lytro boleh memuatnaik dan berkongsi gambar yang ditangkap melalui peranti Lytro mereka ke laman perkongsian gambar 500px. Gambar Lytro yang dihoskan oleh 500px boleh dikongsi oleh pengguna sekaligus memperkenalkan format gambar sebegini kepada pengguna lain.

Langkah ini dilihat penting kerana Lytro bakal melancarkan Lytro Illum pada bulan hadapan pada harga USD 1,599.

Tempahan awal: Lytro Illum

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami