Semasa acara Echelon 2014, Cheryl Yeoh, yang juga CEO MaGIC telah melancarkan halaman Malaysia Startup Wiki. Halaman tersebut adalah dengan kerjasama World Startup Report dari Bowei Gai yang telah diterbitkan di The Economist dan kebanyakan informasi didalam halaman tersebut adalah dari sumbangan usahawan tempatan.
Halaman Malaysia Startup Wiki diwujudkan sebagai satu halaman informasi utama bagi semua pihak, baik pengguna tempatan dan antarabangsa untuk mendapatkan maklumat berkenaan landskap startup tempatan. Terdapat banyak informasi antaranya cabaran untuk memulakan startup di Malaysia, pengetahuan tentang budaya rakyat Malaysia dan juga kadar penembusan terhadap sesetengah teknologi ataupun trend terkini serta statistik berkaitan.
Oleh kerana ianya berasaskan Wiki, maka pelawat boleh untuk menyunting dan menambah informasi di halaman tersebut dan ianya akan disahkan oleh pengendali World Startup Report. Turut diterbitkan bersama-sama halaman ini adalah infografik direka oleh Piktochart yang meringkaskan info berkenaan startup di Malaysia.
- Lawati: Malaysia Startup Wiki