Galaxy K Zoom Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 21 Jun – Berharga RM1699

Galaxy K Zoom Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 21 Jun – Berharga RM1699

Diterbitkan pada June 12, 2014 oleh .

Seperti mana yang Samsung katakan sebelum ini, Galaxy K Zoom bakal ditawarkan di Malaysia bermula bulan ini, dimana Galaxy K Zoom berwarna putih akan ditawarkan bermula 21 Jun, sementara yang berwarna hitam akan ditawarkan bermula 26 Jun kelak.

Samsung Galaxy K Zoom telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan Mei yang lepas, dimana ia membawakan sokongan zoom optikal sehingga 10x pada peranti mudah-alih. Secara kasarnya, Galaxy K Zoom boleh dikatakan sebagai kemaskini keluarga Galaxy S4 Zoom pada tahun lepas, dan pihak Samsung mungkin menggunakan nama keluarga “Galaxy K” supaya pengguna tidak keliru dengan penawaran mereka.

Samsung sendiri ketika pengenalannya dulu mengatakan yang mana keluarga “Galaxy K” akan memfokuskan kepada sokongan kamera yang baik pada peranti mudah-alih.

Melengkapkan peranti ini adalah cip pemprosesan enam teras (1.3Ghz empat-teras dan 1.7Ghz dwi-teras), skrin sentuh bersaiz 4.8-inci HD Super AMOLED, kamera belakang 20.7-megapixel 1/2.3 BSI CMOS dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x, kamera hadapan 2-megapixel, bateri berkapasiti 2430mAh, dan hadir dengan Android 4.4 KitKat dan pelbagai penambahan daripada Samsung.

Di Malaysia, Samsung Galaxy K Zoom ini akan dijual pada harga RM1699. Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan pelbagai ganjaran tambahan seperti aplikasi Share Lens percuma selama tiga bulan, akses TM Wifi percuma selama 90 hari, dan bebeberapa perkara lain lagi.

Baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy K Zoom


TIPS & ULASAN