Selangor Bercadang Ingin Menawarkan WiFI 4G Percuma

Selangor Bercadang Ingin Menawarkan WiFI 4G Percuma

Diterbitkan pada June 12, 2014 oleh .

WIFi SelangorkuKerajaan Selangor pada hari ini sedia menawarkan perkhidmatan WiFi percuma di beberapa lokasi sekitar Selangor, dimana melalui ujian kasar kami sebelum ini, ia boleh mencapai kelajuan antara 1Mbps ke 2Mbps tanpa sebarang masalah.

Kini, melalui perkongsian baru oleh Selangor, mereka dilihat ingin mempertingkatkannya dengan WiFi yang lebih pantas. Ia dikatakan mereka akan menggunakan teknologi ODAS (Distributed antenna system) untuk perkara ini, dan struktur telekomunikasi akan disambungkan dengan gentian fiber optik untuk menyokong liputan rangkaian 4G LTE.

Struktur pemancar berkenaan dikatakan akan dibina pada tiang lampu, selain turut menambah perkhidmatan liputan kamera litar tertutup (CCTV) melalui perkara sama. Kami masih kurang pasti berkenaan bagaimanakah ia akan berbeza dengan pelaksanaan pada masa kini, memandangkan daripada beberapa lokasi yang dilihat kami, ia sememangnya menggunakan tiang lampu untuk WiFi Selangorku.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan projek baru daripada kerajaan Selangor ini dalam masa terdekat, memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal pembentangan buat masa ini.

Lihat : Lokasi WiFi Selangkorku


TIPS & ULASAN