Ikuti Pengumuman Samsung GALAXY Premiere Pukul 7 Pagi Esok

Ikuti Pengumuman Samsung GALAXY Premiere Pukul 7 Pagi Esok

Diterbitkan pada June 12, 2014 oleh .

Pagi esok Samsung akan mengadakan acara Samsung Galaxy Premiere 2014 yang bakal memperkenalkan tablet baru dari mereka. Acara yang akan berlangsung di New York 7 malam (7 pagi waktu Malaysia) turut boleh ditonton secara langsung di halaman YouTube Samsung Mobile.

Bercakap mengenai peranti yang akan diperkenalkan, berkemungkinan pihak Samsung akan memperkenalkan Galaxy Tab S pada acara berkenaan. Galaxy Tab S dikatakan akan membawakan bentuk, rekaan, dan fungsi menyerupai Galaxy S5.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh gergasi dari Korea Selatan tersebut. Kami juga akan membawakan liputan langsung terus dari New York dan oleh kerana 7 pagi waktu tempatan adalah waktu sibuk ke pejabat, liputan langsung kami juga boleh ditemui di laman twitter kami @Amanz.


TIPS & ULASAN