Samsung Galaxy Tab S – Tablet Ternipis Dan Paling Ringan Daripada Samsung

Samsung Galaxy Tab S – Tablet Ternipis Dan Paling Ringan Daripada Samsung

Diterbitkan pada June 13, 2014 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan tablet terbaru daripada mereka, dinamakan dibawah keluarga Galaxy Tab S. Dua variasi saiz disediakan buat masa ini, iaitu Galaxy Tab S 8.4 (pada saiz skrin 8.4-inci) dan juga Galaxy Tab S 10.5 (pada saiz skrin 10.5-inci).

Samsung mengatakan Galaxy Tab S merupakan tablet paling ringan dan nipis daripada mereka, disamping memfokuskan kepada skrin paparan yang dibawakan olehnya.

Samsung Galaxy Tab S

Galaxy Tab S menggunakan skrin WQXGA Super AMOLED dengan paparan resolusi 2560×1600 pada nisbah paparan 16:10. Tablet ini dilihat membawakan paparan gambar yang lebih jelas pada resolusi 2K, selain Samsung mengatakan fungsi Adaptive Display membolehkan pengguna menikmati paparan yang baik mengikut aplikasi yang sedang digunakan mereka. Tablet ini turut dikatakan disesuaikan untuk digunakan dibawah keadaan cahaya luar tanpa sebarang masalah.

Disamping skrin, pihak Samsung turut membawakan pelbagai fungsi-fungsi popular daripada TouchWiz pada tablet ini. Sokongan popular pada Galaxy S5 seperti Ultra Power Saving Mode, pengimbas cap jari, Kid Mode dan pelbagai perkara lain turut dikekalkan pada tablet ini.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Fungsi “Call Forwarding” turut ditambah melalui SideSync 3.0, dimana pengguna boleh menggunakan Galaxy Tab S untuk menerima panggilan daripada telefon mereka. Perkara ini dilihat akan memudahkan pengguna untuk terus membuat tugasan ataupun membaca, tanpa perlu risau tertinggal panggilan daripada telefon pintar mereka.

Samsung Galaxy Tab S

Galaxy Tab S juga membawakan satu lagi fungsi baru, dinamakan sebagai “Papergarden” yang mana merupakan perkhidmatan majalah digital daripada Samsung. Melaluinya ia menawarkan pelbagai majalah popular dalam kaedah majalah interaktif. Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Marvel, membolehkan pengguna Galaxy Tab S menikmati lebih 15,000 komik daripada Marvel secara percuma selama tiga bulan.

Pelbagai kandungan lain turut disediakan Samsung khusus untuk pengguna tablet ini, termasuk melalui Kindle for Samsung, dan juga melalui Google Play.

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S

Galaxy Tab S akan hadir dalam dua variasi, iaitu bersaiz 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Masing-masing hadir dalam pilihan WiFi sahaja ataupun dengan sokongan rangkaian LTE. Versi WiFi menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa (1.9GHz empat-teras + 1.3Ghz empat-teras), manakala versi LTE pula menggunakan Qualcomm Snapdragon 800 2.3Ghz.

Kedua-duanya hadir dengan kamera belakang 8-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 2.1-megapixel pada bahagian hadapan. Tablet yang menjalankan Android 4.4 KitKat ini turut dilengkapi dengan pelbagai aplikasi popular Samsung, dan menyokong jam tangan pintar Gear daripada Samsung.

Galaxy Tab s 8.4 menggunakan bateri berkapasiti 4900mAh, manakala Galaxy Tab S 10.5 pula menggunakan bateri berkapasiti 7900mAh.

Pihak Samsung mengatakan Galaxy Tab S ini akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=qwpfT9jtsMk]

TIPS & ULASAN