Bersama-sama pengenalan tablet baru Galaxy Tab S, pihak Samsung turut mengambil peluang untuk mengumumkan kerjasama strategik bersama-sama pihak Marvel, sekaligus membawa pelbagai kandungan tambahan kepada pengguna.
Kerjasama kedua-dua gergasi ini dimulakan dengan peranti Galaxy Tab S, dimana pelanggan yang membelinya akan mendapat akses kepada kandungan eksklsuif selama tiga bulan melalui Marvel Unlimited.
Samsung turut mengatakan yang mana pelanggan Samsung akan mendapat beberapa info dan sneak-peek awal untuk filem Marvel pada tahun 2015, termasuk filem Avengers : Age of Ultron. Dengan kerjasama ini juga, Marvel turut mengatakan yang mana pengguna akan dapat melihat beberapa produk dan inovasi Samsung diperlihatkan pada filem tersebut pada tahun hadapan.