Mungkinkah iPhone 6 Akan Kelihatan Sebegini?

Mungkinkah iPhone 6 Akan Kelihatan Sebegini?

Diterbitkan pada June 13, 2014 oleh .

Baru semalam kita dapat melihat apa yang dikatakan sebagai fungsi pembahagian skrin didalam iOS 8 . Hari ini Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu Jimmy Lin telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6. Jimmy juga sebelum ini pernah mendedahkan gambar iPhone 5 sebelum penjualannya dan gambarnya hampir serupa dengan model versi terakhir. Pada halaman Weibo beliau juga turut menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 dan iPhone 5S.

iPhone 6

Sekiranya dilihat dari gambar tersebut, skrin iPhone 6 tampak lebih besar dengan bahagian tepi yang melengkung dan lebih nipis. Butang kuasa iPhone 6 juga dialihkan kesebelah kanan. Terdapat juga jack audio sekaligus memberikan idea yang pin 3.5mm untuk fon telinga masih digunapakai dan fon telinga berasaskan Lightning mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun lagi. Tema bentuknya seakan-akan iPad Mini yang turut mempunyai kenipisan dan bahagian tepi yang melengkung.

iPhone 6-2

Sebelum ini juga ura-ura berkenaan saiz resolusi 1704 x 960 pixel pernah kami kongsikan dan dengan saiz gambar yang dikatakan iPhone 6 ini, mungkin resolusi tersebut akan diimplementasikan padanya. Ia juga selari dengan ura-ura paparan skrin Ultra Retina yang datang pada saiz 4.7 inci. Selain dari itu iPhone 6 juga dikatakan akan hadir dengan pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan.

iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan seperti model terdahulu ia dijangka bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang November-Disember kelak.


TIPS & ULASAN