Cari @ Amanz

Semasa kami membesar dahulu televisyen 21″ sudah dianggap besar dan mewah. Televisyen yang lebih besar dari saiz ini terlalu berat dan tidak mudah dimasukkan ke dalam ruang tamu. Anda perlu membeli meja khas bagi memastikan televisyen yang berat tidak akan merobohkan meja TV biasa anda. Sejak televisyen skrin rata mula popular 5 tahun kebelakangan ini, saiz skrin 21″ tidak lagi dianggap besar malahan boleh diklasifikasikan sebagai Hobbit kepada televisyen 46″ yang kini menjadi saiz standard kebanyakan televisyen di pasaran. Samsung mengeluarkan televisyen 110″ 4K mereka awal tahun yang lalu tetapi mahkota televisyen 4K terbesar dunia kini bukan lagi milik mereka.

Titan Zeus ialah pemegang rekod televisyen 4K terbesar dunia sekarang dengan skrin sebesar 370 inci. Tinggi televisyen LED ini ialah 16 kaki manakala lebarnya pula 26 kaki. Hanya empat buah Titan Zeus dihasilkan dan dua daripadanya sudah pun terjual. Setiap unit televisyen gergasi ini dijual pada harga 1.6 Juta Dollar . Ini adalah lebih dari 10 kali ganda harga pemegang rekod televisyen terbesar dunia sebelum ini  Samsung UN110S9. Adakah anda memerlukan televisyen yang lebih besar dari seekor gajah seperti ini?

titan-370-inch-tv

Sumber Titan

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd