Facebook Messenger Menambah Sokongan Menghantar Video Pendek

Facebook Messenger Menambah Sokongan Menghantar Video Pendek

Diterbitkan pada June 13, 2014 oleh .

Facebook pada tahun ini dilihat menambah beberapa perkara baru pada aplikasi Messenger mereka. Selepas memperkenalkan sokongan membuat panggilan, terkini Facebook turut menambah fungsi untuk menghantar video ringkas melalui aplikasi berkenaan.

Facebook Messenger

Melalui kemaskini tersebut, pengguna boleh klik pada butang kamera, dan ia akan mengaktifkan kamera hadapan secara automatik. Pengguna seterusnya boleh tap untuk merakamkan gambar, ataupun hold untuk menghantar video menggunakan aplikasi berkenaan.

Fungsi ini mungkin memudahkan pengguna yang ingin membalas mesej ketika bergerak, disamping mesej video mungkin akan menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih pantas berbanding teks.

Selain itu, satu lagi perkara baru yang hadir adalah dimana pengguna boleh menghantar butang “Like” bersaiz besar, dimana anda hanya perlu tap butang Like untuk seketika, dan ia akan membesar secara berperingkat.

Bagi pengguna Facebook Messenger, anda boleh mengemaskini aplikasi iOS dan Android anda hari ini untuk menikmati fungsi ini.

Muat-Turun Facebook Messenger untuk iOS

Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN