CCleaner 1.0 Untuk Android Dilancarkan Secara Rasmi

CCleaner 1.0 Untuk Android Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada June 15, 2014 oleh .

Untuk para pengguna Windows, perisian CCleaner mungkin bukan sesuatu yang asing. Kini, selepas menguji ia pada platform Android dalam bentuk beta beberapa bulan lepas, akhirnya Piriform telah melancarkan aplikasi tersebut secara rasminya kepada umum.

CCleaner Android

Bagi yang tidak mengenali akan CCleaner, ia merupakan sebuah aplikasi dan perisian yang menawarkan kebolehan untuk membuang fail-fail yang tidak digunakan oleh sistem, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan ruangan storan tambahan pada peranti mereka, disamping kesan daripadanya yang membolehkan peranti beroperasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Untuk versi Android, CCleaner 1.0 membolehkan pengguna membuang data pelayaran web, cache daripada aplikasi, log panggilan, dan juga mesej SMS dengan mudah. Seperti biasa, anda boleh membuat pilihan apakah yang ingin dibuang sebelum membuang fail-fail berkenaan.

Pada masa yang sama, aplikasi sama juga turut membolehkan pengguna memantau penggunaan dan tahap bateri, CPU, RAM dan juga ruangan storan pada peranti berkenaan.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi CCleaner ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun CCleaner untuk Android


TIPS & ULASAN