SteamBoy Machine Ingin Hadir Dengan Konsol Mudah-Alih Untuk Memainkan Permainan Steam

SteamBoy Machine Ingin Hadir Dengan Konsol Mudah-Alih Untuk Memainkan Permainan Steam

Diterbitkan pada June 15, 2014 oleh .

Sejak pihak Valve mengumumkan projek Steam Machine, beberapa pengeluar telah mengumumkan peranti mereka tersendiri, yang mana lebih kepada digunakan di ruang tamu. Kini, selain daripadanya, sebuah projek baru hadir dinamakan sebagai SteamBoy Machine.

SteamBoy Machine

SteamBoy Machine dilihat hadir daripada pembangun pihak ketiga, dan ingin membawa permainan Steam untuk dimainkan pada peranti seumpama konsol mudah-alih. Daripada video gambaran awal yang diterbitkan oleh pembangun projek berkenaan, SteamBoy dilihat membawakan beberapa elemen rekaan seperti alat kawalan Xbox 360 da juga Wii U.

SteamBoy Machine ini dikatakan akan menyertakan skrin sentuh bersaiz 5-inci, memori terbina sebanyak 4GB RAM dan juga dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras. Peranti ini turut dikatakan akan dilengkapi dengan sokongan WiFi dan juga 3G untuk memainkan permainan dimana-mana anda berada tanpa masalah.

Bercakap mengenai permainan yang disokong, pembangunnya mengatakan SteamBoy Machine kelak boleh memainkan majoriti permainan terkini di Steam.

SteamBoy Machine dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2015 kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai konsol permainan mudah-alih ini dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN