Toyota Dilaporkan Mengkaji Kenderaan Yang Terapung Di Udara

Toyota Dilaporkan Mengkaji Kenderaan Yang Terapung Di Udara

Diterbitkan pada June 16, 2014 oleh .

Kereta TerbangSyarikat besar seperti Toyota semestinya sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru supaya tidak ketinggalan dengan pesaing yang lain. Terkini, ia dilaporkan yang mana pihak Toyota sedang bereksperimen dan mengkaji kenderaan yang terapung di udara.

Untuk beberapa tahun ini, kenderaan yang dipandu automatik telah menjadi fokus ramai pengeluar, termasuk pihak Google sendiri. Kereta yang dipandu automatik ini dijangka akan dipasarkan dalam masa kurang sedekad lagi, dan semestinya ramai yang ingin menantikan apakah yang bakal hadir selepas kereta yang dipandu secara automatik ini.

Perkara yang sedang dikaji oleh Toyota ini dikatakan akan membuatkan kenderaan terapung di jalan raya, sekaligus mengurangkan daya geseran yang berlaku antara kenderaan dan juga jalan raya. Info berkaitan dengan eksperimen ini tidak dikongsikan secara menyeluruh buat masa ini, maka tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah ia akan berfungsi, termasuk bagaimana pemandu boleh mengawal dan menghentikan kenderaan tersebut.

Google sendiri sebelum ini pernah bereksperimen dengan perkara sama untuk hoverboard, tetapi dikatakan menghentikan kajian lanjut memandangkan kosnya yang mungkin tidak begitu relevan kepada pengguna, selain beberapa masalah teknikal yang lain.

Apa pun, sekiranya perkara ini berjaya, tidak mustahil kita akan melihat kenderaan yang boleh terbang hadir ke pasaran dalam beberapa puluh tahun lagi.


TIPS & ULASAN