Cari @ Amanz

Kadang-kala, ketika melayari sesuatu web, mungkin anda akan menemui beberapa overalay ataupun pop-up yang meminta anda untuk Like, melanggan emel, dan beberapa yang lain. Perkara ini mungkin tidak menyukai beberapa pengguna, yang ingin membaca dan melihat kandungan terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Behind The Overlay

Untuk mengatasinya, sekiranya anda pembangun mungkin biasa menggunakan kaedah melalui fungsi “Inspect Element” di pelayar web, dan beberapa kaedah yang lain.

Kini, untuk memudahkan, salah satu pemalam yang agak berguna untuk Chrome dan Firefox adalah BehindTheOverlay. Sebaik sahaja anda memasang pemalam ini pada pelayar web anda, ia akan menambah sebuah butang khas, yang mana anda boleh klik untuk menyembunyikan semua popup dan overlay yang dipaparkan pada sesuatu laman.

Pengguna diberikan pilihan ini memandangkan mungkin ada yang menyukai sesetengah overlay yang dipaparkan. Overlay yang selalunya dipaparkan adalah termasuk iklan, ruangan langganan emel, butang Like untuk Facebook, dan beberapa perkara yang lain lagi.

Daripada percubaan kami, ia berfungsi hampir untuk kebanyakkan overlay, tetapi gagal untuk beberapa jenis pop-up.

Apa pun, bagi anda yang aktif melayari laman web, mungkin pemalam ini agak berguna untuk anda, sekaligus membolehkan anda membaca kandungan sesuatu web terlebih dahulu sebelum melakukan interaksi lain pada web berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd